Selasa, 21 September 2010

Aidil Fitri : Kemenangan atau Kekalahan?

Salam,Sudah separuh jalan syawal meninggalkan pelabuhannya. Umat Islam menyambut Aidil Fitri begitu meriah. RTM, TV3, ASTRO telah bersedia dengan rancangan-rancangan yang bakal disaksikan oleh penonton pelbagai lapisan. Bersesuaian dengan konsep 1 Malaysia, sajian rancangan begitu hebat `kononnya` pada pandangan mereka yang terlibat. Sehubungan itu Aidil Fitri digambarkan sebagai tanda kemenangan umat Islam melalui bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadhan Al Mubarak.

persoalannya? apa yang telah kita menang? selama sebulan berpuasa... apakah yang telah kita laksanakan? adakah berlainan kehidupan kita pada bulan ramadhan dengan bulan-bulan yang lain? adakah syawal ini menjanjikan perubahan dalam kehidupan kita?

kalau sebelum ramadhan kita jarang ke masjid dan surau. maka ketika bulan ramadhan kita menunaikan solat sunat tarawih berjamaah di masjid dan surau-surau. alhamdulillah. tapi... dimana kita ketika bulan syawal? adakah masih mengimarahkan masjid-masjid dan surau-surau. kalau ketika ramadhan pakaian kita semuanya sopan dan tertib. bagaimana halnya kita ketika syawal menjelma. kebanyakan kita saling menggayakan pakaian raya yang terbaik malah ada yang sampai tidak mematuhi syariat. kalau dulunya muslimah biasa dengan baju kurung biasa. tapi hari raya sudah menampilkan pakaian ikut bentuk badan. konsep tabarruj juga sudah tidak dihiraukan. kalau dulunya tudung labuh, hari raya sudah pandai berselindang yang jarang. semuanya demi meraikan kemenangan yang ada tanda tanya.

sajian di TV pula lansung tidak menampakkan Aidil Fitri itu adalah sambutan umat Islam. silap-silap orang akan katakan Aidil Fitri itu sambutan penganut BOllywood. paling tidaknya hari raya mesti ada pesta nyanyian. Andaikan Aidil Fitri disambut tanpa rancangan hiburan.... rasanya seumpama tak sambut hari raya.Malang sekali umat Islam di Malaysia ketika ini menyambut Aidil Fitri sebegitu rupa.

sepatutnya Aidil Fitri disambut dengan program kunjung mengunjungi sesama muslim untuk bermaaf maafan serta mengeratkan ukhwah islamiyah. tetapi kini , agak hambar majlis kunjung mengunjungi ini...... ini kerana umat Islam lebih suka berada dihadapan TV dengan sajian rancangan yang berbagai-bagai khususnya hiburan.begitu juga Aidil Fitri sewajarnya disambut dengan `family terutamanya. namun sudah wujud `tred` pasangan kekasih menyambut hari raya bersama seolah olah pasangan suami isteri. malah lebih malang ialah ibu bapa yang turut `redha` dengan `tred` ini. dari pagi hingga tengah malam ...... ibu bapa lansung tidak bertanyakan kemana anak perempuan mereka. pasangan kekasih ini seolah olah sudah mempunyai lesen untuk bersama-sama.

bila berlaku sesuatu yang tak diingini, barulah masing-masing menunding jari menyalahkan pihak lain. maka apakah erti kemenangan yang dicanangkan itu? kemenangan dari apa? timbang-timbangkan lah , wallahu `aklam.